Saturday, August 2, 2008

Harga petrol la ni patut turun la...

Bila harga petrol dinaikkan pada 4/6/2008 dari 1L = RM1.92 ke 1L = RM2.70, pada ketika itu harga 1 barrel minyak mentah = US$140.

Hari ni harganya telah turun ke sekitar 1 barrel = US$125. Pak Lah bila pula nak umumkan penurunan harga petrol?

Mungkin harga petrol akan turun jika berdasar petikan dari Utusan Malaysia hari ni...


Minyak ikut pasaran * Harga diselaras setiap 1 haribulan * Subsidi kekal 30 sen seliter

PUTRAJAYA 1 Ogos – Berkuat kuasa 1 September depan, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak, manakala subsidi yang diberikan oleh kerajaan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan dasar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit baru petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

No comments: