Thursday, February 12, 2009

Cerita pasai tarif letrik...

Tarif elektrik turun

PUTRAJAYA 11 Feb. - Tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.

Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial 2.7 peratus dan industri 5 peratus.

Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

“Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen kWj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik sejak tahun 1998,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di sini hari ini.

Shaziman berkata, kerajaan juga bersetuju supaya bekalan gas tambahan sebanyak 100 mmscfd (kaki padu standard sehari) akan diberikan kepada sektor industri daripada sektor elektrik sebagai langkah kerajaan menggerakkan sektor tersebut dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

Beliau menambah, kementerian juga mencadangkan supaya syarikat pengagihan air yang tidak layak menikmati kemudahan tarif khas industri diberi bantuan melalui diskaun tarif elektrik supaya kerajaan dapat memastikan tarif air adalah pada kadar tidak terlalu membebankan pengguna.

Shaziman menjelaskan, penurunan dalam peratusan yang kecil itu disebabkan harga arang batu di pasaran yang masih meningkat iaitu AS$85 (RM306) setan berbanding hanya AS$75 (RM270) setan pada Julai tahun lalu.

‘‘Dengan mengambil kira suasana kelembapan ekonomi dunia sekarang yang memberi kesan kepada rakyat, kementerian telah mempercepatkan penyelarasan tarif elektrik kepada 1 Mac berbanding 1 Julai depan seperti dirancang.

‘‘Tarif elektrik ini akan disemak semula iaitu pada 1 Julai ini dan semakan seterusnya setiap enam bulan bagi membolehkan tarif elektrik diselaraskan dengan harga gas dan arang batu yang tidak menentu di pasaran antarabangsa,” katanya.

Shaziman berkata, kementeriannya juga telah mencadangkan supaya mekanisme tidak menikmati keuntungan (fuel pass through) diperkenalkan supaya perubahan harga bahan api diambil kira dalam penetapan tarif elektrik pada masa depan.

‘‘Ini selaras dengan hasrat kerajaan supaya harga tenaga elektrik menjurus kepada harga pasaran,” katanya.

Tuesday, December 16, 2008

16/12/2008 1L=RM1.80

Harga petrol, diesel turun kali ke-7

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini, kali ketujuh sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.

Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.


nanti bila penurunan kali ke 10, 1L = RM1.50 la kot...

Wednesday, December 3, 2008

3/12/2008 1L=RM1.90

La turun sekupang saja ka...

Turun 10 sen lagi

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini bagi membolehkan rakyat menikmati penurunan harga bahan api dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.64 (RM172.93) setong.

Sunday, November 23, 2008

Baguslah...

Harga minyak turun 15 sen lagi?

PUTRAJAYA 22 Nov. - Harga minyak kemungkinan akan diturunkan pada kadar tidak melebihi 15 sen seliter hujung bulan ini berikutan harga minyak mentah dunia kini di bawah AS$50 setong.(menepati ramalan penganalisis sebelum ini-rujuk blog pada sekitar Oktober lalu)

Justeru, rakyat dijangka menikmati harga petrol yang paling rendah sejak dua tahun lalu iaitu pada harga RM1.85 daripada harga ketika ini RM2 seliter, berbanding RM1.92 seliter pada Mac 2006.


Friday, November 21, 2008

Berita syok didengar...

Harga minyak bakal turun lagi

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel buat kali kedua pada bulan ini selepas penurunan terakhir Selasa lalu.

Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pengumuman berkenaan dijangka dibuat sebelum mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dijadual pada 1 Disember.

syoknya kalau boleh turun sampai 1L=RM1.50