Saturday, July 5, 2008

Selepas 1 bulan

Genap sebulan yang lalu kita dikejutkan dengan pengumuman kenaikan terbaru harga petrol dan diesel. Satu negara rakyat berpusu-pusu ke stesyen minyak bagaikan menyambut acara pesta isi minyak sampai penuh tangki. Pada ketika harga petrol belum naik lagi sementara menanti tengah malam tetapi sudah ada di antara kita sudah naik minyak @ naik angin @ naik darah. Maki sana-sini berbakul-bakul. Mujur percikan api kemarahan sebahagian orang ramai itu tak berupaya mencetuskan letupan mahupun kebakaran di pam petrol!

Macam mana sekarang? Selepas melalui 30 hari dengan harga petrol 1L=RM2.70, masih dok naik minyak dan naik angin lagi? Aku rasa untuk beberapa hari ini cakap-cakap liwat melewati cakap-cakap kenaikan harga barang akibat dari naiknya harga petrol. Isu sensasi teori konpirasi mengatasi emosi kesan harga petrol yang seakan dah basi!

Apa juga kisahnya, aku tetap kena isi petrol penuh tangki dengan kekerapan dalam 1 bulan, 4 atau 5 kali. Dengan purata sekali isi aku membayar RM100 maka untuk sebulan aku perlu belanja untuk petrol sahaja di antara RM400 ke RM500.

No comments: